Tuesday 17 July 2012

ZURIAT

Terus-terang aku katakan... Mmg aku rasa sunyi hidup di kotaraya ini... Tiada keluarga di sisiku tempat aku bergantung harap. Meluah rasa, melepaskan gundah gulana......

Hanya ada si kecil ini yang belum mengenal erti hidup... Yang mengelap titis2 jernih yg mengalir di pipiku tatkala ada secebis rasa yang mengguris hati....

Dialah sahabat, dialah teman, dialah putera kesayanganku.... Penawar duka laraku... Aku bersyukur kepadaMu Allah kerana menganugerahkanku sesuatu yang amat bernilai.... ZURIAT..


Friday 6 July 2012

FESYEN TERKINI GADIS BERTUDUNG

pix_gal0


Seringkali Chubby tertanya-tanya bila berpakaian...
Sesuai tak pakaian yang dipakai dengan imej wanita bertudung? Takut nanti orang kata, pakai tudung tapi baju yang dipakai x sesuai...

PETIKAN DARI BERITA HARIAN ONLINE
Palazo dan skirt pilihan Muslimah moden

BERFESYEN tidak sukar jika ada keyakinan. Menyuai padan juga tidak rumit jika bijak memilih gaya. Bagaimanapun, bagi wanita Muslimah yang ingin bergaya mengikut lunas agama, pemilihan pakaian bersesuaian sering kali menjadi masalah untuk mereka yang suka mencuba.



RATU menyingkap penggayaan fesyen digemari kebanyakan wanita bertudung dengan sajian persalinan dari kedai dalam talian, Misslilyshop.

Pemiliknya, Siti Suhaili Ab Rahman, berkata penggayaan skirt longgar dan palazo bukan gaya baru di dalam dunia fesyen.


“Gaya itu hangat di era 60an hingga 80an namun kini, melalui olahan terkini, rekaan sama menerima suntikan baru menjadikan ia tampak lebih moden untuk digayakan wanita bertudung.

“Pilihan fesyen skirt dan palazo juga menjadi ikutan kerana potongannya longgar tanpa menampakkan susuk tubuh pemakai,” jelas usahawan online muda berusia 23 tahun itu.
Menariknya lagi, pemakaian skirt dan palazo sesuai untuk acara formal dan santai memudahkan pemakai menyuai padan mengikut acara.

“Pilih blaus dan aksesori bersesuaian, hasilnya pasti tidak mengecewakan,” katanya sambil mengenakan tali pinggang halus pada palazo digayakan model petang itu.

Melihatkan mainan tona lembut dan terang berpadu yang menyerlahkan keanggunan wanita Muslimah, jelas Siti Suhaili, warna turut memainkan peranan penting dalam berpakaian.

“Kebiasaannya, warna asas seperti hitam, coklat dan pilihan tona pastel adalah lebih sesuai untuk acara rasmi atau ke pejabat manakala warna terang seperti biru elektrik, hijau emerald, kuning juga merah pula cantik digayakan di kala bersantai,” katanya.

Bagi yang berani mencuba, seluar potongan tirus dan pinggang potongan tinggi turut menjadi kegemaran.

“Apa juga gaya yang ingin dibawa, jaga nilai seorang Muslimah. Aurat perlu dijaga dan pastikan juga ia sesuai dengan aktiviti.

“Rekaan skirt dan palazo juga pilihan gaya baru ditampilkan adalah dimensi baru yang perlu digunakan sebaiknya oleh pencinta fesyen. Apa yang penting, anda perlu berani namun berpegang pada landasan agama,” katanya.